Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bersama-sama dengan Kementerian Industri Utama – MPI menggerakkan satu lagi kerjasama strategik dalam melestarikan penanaman sawit Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KATS Ybhg. Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Setiausaha MPI Ybhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong.
Mesyuarat ini menjadi satu titik penting dalam membentuk industri sawit yang berkembang tanpa membelakangkan kelestarian sumber asli Malaysia.