Hidupkan Semangat Ramadan, Warga KATS Disantuni.
15 May 2019

Bulan Ramadan merupakan bulan istimewa di mana kita amat digalakkan untuk melakukan perbuatan amal, termasuk bersedekah.

Dalam mengambil semangat Ramadan, kakitangan KATS hari ini diraikan dengan pengagihan bubur lambuk dalam satu program edaran yang diadakan di Wisma Sumber Asli.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar dan timbalannya YBM. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mengagihkan bubur lambuk kepada warga KATS.

Turut serta dalam program tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh dan pengurusan tertinggi KATS.

Ramadan adalah bulan untuk kita memberi, maka mari kita bersama membawa semangat ini dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jom bersama-sama hidupkan semangat Ramadan!


 

 




Attachments