Kakitangan Kumpulan Sokongan Tunjang Kementerian
09 May 2019

Kakitangan KATS dari Kumpulan Sokongan II hari ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar.

Dalam majlis tersebut, YB. Menteri menyatakan penghargaan terhadap kakitangan kumpulan sokongan kerana peranan penting yang mereka mainkan demi memastikan kelancaran operasi kementerian.

YB. Menteri turut menyatakan kesediaan beliau dan kakitangan pejabatnya untuk membantu mana-mana warga dari kumpulan sokongan yang layak untuk mendaftar nama mereka di dalam sistem eKasih bagi membantu mereka mendapatkan bantuan disediakan Kerajaan.

Kakitangan kumpulan sokongan yang terdiri daripada pemandu, Pembantu Am Pejabat dan petugas pembersihan dan keselamatan, turut menerima sumbangan daripada YB. Menteri di dalam majlis tersebut.

Terima kasih kakitangan kumpulan sokongan atas jasa anda kepada KATS!

 



Attachments