Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), KATS
09 May 2019

​​

YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli hari ini telah menyaksikan Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Kementarian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) di Dewn Baiduri, KATS, Putrajaya pada hari ini.

Majlis yang merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini turut dihadiri YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta Agensi di bawah Kementerian. Turut hadir ialah YBhg Dato' Sri Mohd Shukri Bin Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Penganjuran majlis ini bertujuan bagi memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Di dalam ucapan perasmian beliau terdahulu, YB Dr. Xavier turut mengingatkan semua warga Kementerian serta Jabatan dan Agensi di bawah KATS supaya bertindak sebagai sebuah pasukan pelaksana yang dapat menggerakkan Pentadbiran Kerajaan secara efisien, amanah dan berintegriti terutama yang berkaitan dengan isu-isu kewangan, perolehan serta penguatkuasaan. Ia seharusnya dilaksanakan secara telus dan bebas daripada sebarang isu-isu ketirisan. Beliau turut menyatakan mengenai kepentingan untuk semua pihak mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Adalah diharapkan melalui pelaksanaan IBR ini, ia akan meningkatkan komitmen semua pihak di Kementerian dalam usaha pembanterasan rasuah; membebaskan kementerian dari semua bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa; menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah di kalangan warga kementerian; dan memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan kementerian agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

 



Attachments