Majlis Berbuka puasa bersama warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di Tawau, Sabah
06 May 2019

Di hari pertama bulan Ramadan, warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia  (JUPEM) di Tawau berkongsi kemeriahan berbuka puasa bersama dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr. Xavier Jayakumar.

YB. Menteri meluangkan masa dalam majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat JUPEM Tawau bersempena dengan lawatan beliau ke Sabah sejak Sabtu lepas.

Turut serta dalam majlis tersebut adalah delegasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang bersama mengiringi lawatan YB. Menteri.

Semoga aktiviti seperti ini akan terus mengeratkan persahabatan di kalangan warga KATS, merentasi batas kaum dan agama

 



Attachments