Caption Lawatan Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli YB. Dr. Xavier Jayakumar di Sandakan,Sabah
06 May 2019


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar hari ini meluangkan masa melawat kawasan konservasi Lembangan Maliau, atau lebih dikenali dengan nama Maliau Basin.

Maliau Basin, turut digelar Sabah's Lost World kerana keunikannya, adalah antara beberapa kawasan di dunia yang masih mengekalkan ciri-ciri semulajadinya, jauh daripada kehadiran manusia.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam usaha konservasi sumber alam yang dijalankan di kawasan tersebut.

YB Menteri dan delegasi lawatan turut menyatakan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai dalam usaha konservasi.

Kementerian akan meneruskan kerjasama dan perbincangan bersama Yayasan Sabah sebagai pengendali kawasan konservasi Maliau Basin untuk menyokong usaha konservasi yang berterusan di masa akan datang.​


 




Attachments