Kelangsungan hidupan liar dan kesejahteraan hutan di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan dalam mengimbangi pembangunan pesat negara.
Kelestarian sumber alam menjadi teras utama lawatan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar di Sandakan, Sabah hari ini.
YB. Menteri dan delegasi kementerian meluangkan masa di beberapa pusat pemuliharaan dan pendidikan sumber alam, iaitu Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo, Pusat Penyelidikan Perhutanan dan Rainforest Discovery Centre.
Delegasi turut diberi taklimat mengenai usaha-usaha pemuliharaan dan konservasi sumber alam, serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam mewujudkan kelestarian hidupan liar dan hutan di Sabah.
Dalam kita mengorak langkah mencapai status negara maju, kelestarian sumber alam tidak akan sekali-kali diabaikan kerana pembangunan fizikal tidak semestinya menjadi penanda aras kemajuan negara.

