KATS lakar kejayaan kejuruteraan, dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
02 May 2019


Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) hari ini melakar satu lagi pencapaian dalam bidang kejuruteraan dengan kejayaan penembusan paip pembentungan melengkung DN1800 terpanjang di dalam industri pembentungan di Malaysia.

Lebih manis, pencapaian tersebut turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dalam satu majlis bagi meraikan kejayaan tersebut di Loji Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP) Langat.

Penembusan paip pembentungan melengkung sepanjang 725 meter ini adalah salah satu daripada bahagian penting bagi keseluruhan projek CSTP Langat.

Pasukan tenaga kerja tempatan berjaya menyiapkan kerja tersebut dalam masa empat bulan, walaupun terpaksa merentasi lapisan batuan keras sejauh 200 meter.

Tahniah atas kejayaan cemerlang ini!

 



Attachments