âYB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah menyempurnakan Majlis Pelupusan Barang Kes Gading Gajah bertempat di Pusat Kualiti Alam, Negeri Sembilan pada hari ini.
PERHILITAN telah menerima serahan barang kes hidupan liar daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan agensi lain iaitu gading gajah seberat 3.92 tan dengan keseluruhan gading gajah dilupuskan dianggarkan bernilai RM13,260,000.00 (USD 3.2 juta).
Sebanyak 15 kes rampasan telah dilakukan daripada tahun 2011 hingga tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, berat bagi gading lengkap dan separa gading ialah 3,692 kg manakala berat bagi produk gading separa siap ialah 228 kg.
â

â