Gempur Pemburu Haram! Selamatkan Harimau Malaya!
30 April 2019

Perasmian Ops Belang di Paya Indah Wetlands hari ini menjadi satu lagi tanda usaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dalam membanteras pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar, khususnya Harimau Malaya.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar dalam ucapan perasmiannya turut mengulangi komitmen untuk memerangi pemburu haram habis-habisan.

Ops Belang adalah operasi penguatkuasaan khas di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Perbadanan Taman Negeri Johor dan Perbadanan Taman Negeri Perak.

Ops Belang memberi tumpuan kepada 20 'hotspots' yang dikenal pasti sebagai lokasi pemburuan haram, pemasangan jerat dan pencerobohan di kawasan habitat harimau.

#SelamatkanHarimauMalaya

#OpsBelang

#ZeroPoaching


 

 





Attachments