Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr. Xavier Jayakumar hari ini meraikan kejayaan warga kementerian dalam sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) tahun 2018.
Edisi tahun ini yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre meraikan lebih 800 pegawai dan kakitangan cemerlang sepanjang tahun lalu termasuk pegawai yang telah lama berkhidmat.
Majlis tahun ini turut membawa keistimewaan sendiri dengan pengenalan Anugerah Khas Menteri bagi mengiktiraf mereka yang telah memberi sumbangan yang signifikan kepada Perkhidmatan Awam dan Negara.
Turut sama meraikan majlis penuh kegembiraan ini adalah YB Tengku Zulpuri Shah, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS serta Ketua-Ketua Pengarah jabatan/agensi di bawah KATS.
Tahniah buat semua penerima APC KATS 2018! Semoga kecemerlangan anda pada hari ini menjadi inspirasi buat warga KATS untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.