YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah menyempurnakan Kempen Konservasi Air anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersempena Sambutan Hari Air Sedunia 2019 di Petaling Jaya Boulevard, Selangor.
03 April 2019

​​

YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah menyempurnakan Kempen Konservasi Air anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersempena Sambutan Hari Air Sedunia 2019 di Petaling Jaya Boulevard, Selangor hari ini.

Turut hadir YB Puan Maria Chin Binti Abdullah, Ahli Parlimen, Petaling Jaya dan YB Tuan Charles Santiago, Pengerusi SPAN.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun di seluruh dunia dengan tema yang berbeza dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan air bersih dan usaha-usaha untuk memulihara sumber air demi kelangsungan sumber air bersih.

SPAN turut melancarkan Pertandingan Video Pendek 2019 bagi membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk menonjolkan bakat masing-masing sekaligus memahami tanggungjawab sebagai pengguna bagi menjimatkan penggunaan air dengan tema pertandingan iaitu ‘Jom Jimat Air!’ Tempoh pertandingan adalah daripada 5 April hingga 5 Julai 2019.

Pada majlis yang sama, YB Dr. Xavier Jayakumar telah turut mengumumkan nama tujuh (7) calon Ahli Suruhanjaya baharu untuk SPAN sebagaimana berikut:

1. YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon
2. Dato' Ir. Dr. Haji Abdul Rashid Maidin
3. Dr. Gurdial Singh Nijar
4. Abdul Halim Jantan
5. Ir. V. Subramaniam
6. Faizal Parish Abdullah
7. Sarajun Hoda Haji Abdul Hassan