YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan Persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 pada hari ini di Permai Hotel, Kuala Terengganu.
Turut hadir ialah Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS dan Dato Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).
Persidangan ini adalah merupakan kerjasama tahunan di antara JKPTG bersama Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia dengan tema 'Peranan Penolong Pegawai Tanah Dalam Merealisasikan Revolusi Industri 4.0'.
