Sidang Media YB Menteri KATS berkaitan fenomena cuaca kering dan kemarau telah menjejaskan bekalan air bersih di daerah Kuala Muda, Kedah
21 March 2019

​​

Fenomena cuaca kering dan kemarau telah menjejaskan bekalan air bersih di daerah Kuala Muda, Kedah. Sehingga 20 Mac 2019, dianggarkan lebih 6,000 akaun pengguna melibatkan lebih 30,000 pengguna terjejas bekalan air. .

Dalam satu sidang media Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Xavier Jayakumar memaklumkan antara kawasan yang terlibat ialah Merbok, Tanjung Dawai, Singkir, Semeling dan Bedong. Cuaca kering telah menjejaskan sumber air mentah ke 3 loji rawatan air (LRA) yang membekalkan air ke kawasan terjejas. Keadaan ini menyebabkan LRA Tupah Headword, LRA Merbok Headword dan LRA Gurun dapat mengeluarkan air terawat pada kadar 50% sahaja. .

Beliau berkata, Syarikat Air Darulaman Berhad (SADA) telah mengambil langkah mitigasi antaranya; penghantaran air melalui lori-lori tangki yang disewa dan bantuan daripada operator air; penempatan tangki statik di kawasan strategik; bantuan lori prime mover berkapasiti 5,000 gelen dari pihak Bomba dan pencarian air bawah tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains. .

Permohonan bantuan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negaea (NADMA) juga telah dilakukan memandangan fenomena cuaca kering dan kemarau dijangka berlarutan sehingga April/Mei 2019. .

Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi pelaksanaan beberapa projek bekalan air bagi penyelesaian jangka panjang.
.

Sementara itu, pemantauan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendapati paras takungan air mentah di kebanyakkan empangan masih berada dalam keadaan terkawal dengan bilangan empangan yang mengalami kemerosotan adalah kecil. SPAN dan badan kawal selia air negeri dan operator bekalan air akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.


 

 



Attachments