Menteri Air Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar hari ini telah mengadakan sesi taklimat berhubung SOP Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang kepada Majlis Ahli Ahli Backbenchers Council di Bangunan Parlimen.
Seramai lebih kurang 60 orang Ahli majlis serta wakil telah turut serta dalam sesi taklimat tersebut. Turut hadir ialah Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli dan Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.