Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Paip PVC-O Molecor (SEA) Sdn. Bhd.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Dr Xavier Jayakumar telah merasmikan Kilang Pembuatan Paip PVC-O (Orientated Unplasticized Polyvinyl Chloride) Molecor (SEA) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang.
Kilang paip PVC ini telah memulakan operasi pada 2016 dan telah berjaya mengeluarkan 11,000 metrik tan paip Hypro PVC O bersamaan 3,000 kilometer panjang setahun.
Kementerian amat menggalakkan pembabitan syarikat swasta seperti Molecor SEA dalam membantu menjayakan inisiatif pengurangan kadar air tidak terhasil atau Non Water Revenue (NWR) secara holistik menggunakan paip yang berkualiti dan tahan lama seperti PVC-O.
Ini kerana jangka hayat paip tersebut lebih lama dengan material yang ringan dan mudah dipasang mampu untuk mengurangkan risiko kebocoran.
Kerajaan begitu komited mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) kepada 31 peratus pada akhir Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan menggalakkan syarikat pengurusan air menggunakan paip berteknologi tinggi.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KATS YBhg. Datuk Zurinah Binti Pawanteh.