Majlis penyerahan loji rawatan kumbahan itu telah disempurnakan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar
Sebelum kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan, loji sedia ada sebelum ini hanya direka untuk menguruskan air kumbahan dengan kapasiti maksimum 240,000 penduduk setara (PE) kurang daripada rekod pada tahun 2016 yang menunjukkan peningkatan sehingga lebih 250,000 PE.
Justeru, kerja-kerja menaik taraf kapasiti loji kepada 360,000 PE dengan efluen standard A dilaksanakan oleh SPAN bagi menampung aliran kumbahan di loji tersebut sehingga tahun 2025