Projek Baraj Sungai Johor merupakan projek sumber air yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air, sebuah agensi di bawah KATS.
Projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2013 dan siap sepenuhnya pada Mac 2017.
Ia dilaksanakan bertujuan mengawal kemasukan air masin (saline intrusion) ke Sungai Johor selain meningkatkan kadar takungan air mentah.
Kerajaan Persekutuan turut komited untuk terus membangunankan sumber air di Negeri Johor melalui pembinaan Empangan Kahang dan projek Naik Taraf Empangan Congok yang siap pada Mei 2017.
Majlis Perasmian Baraj Sungai Johor ini telah disempurnakan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar pada 8 November 2018. Turut hadir ialah YAB Dato’ Osman Sapian, Menteri Besar Johor.