YB Menteri Air, Tanah dan Sumber asli telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pada 31 Oktober 2018.
Beliau telah diberikan taklimat berhubung tugas dan cabaran semasa yang dihadapi Jabatan PERHILITAN dalam mengurus hidupan liar di Semenanjung Malaysia.
Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah merasmikan Pusat Perisikan dan Taktikal Antijenyaah Hidupan Liar (Intelligence and Tactical Centre for Wildlife Crime - INTAC) yang menempatkan Unit Perisikan Jabatan PERHILITAN menganalisa maklumat-maklumat berkaitan jenayah hidupan liar bagi merancang dan melaksanakan operasi penguatkuasaan berdasarkan maklumat yang lebih tepat dan terarah.
YB Menteri turut dibawa melawat ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan dan didedahkan dengan fungsi dan peranan makmal sebagai pusat menerima, mengumpul, mengkatalog, memproses dan menganalisa pelbagai jenis sampel genetik hidupan liar. Hasil analisis ini juga digunakan untuk tujuan pembuktian kes-kes jenayah hidupan liar yang didakwa di mahkamah.
Beliau juga berkesempatan memberikan sijil penghargaan kepada kesemua anggota yang terlibat dalam Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) renjer Perhilitan yang hilang pada Ogos lalu.