Kerjasama erat dalam perancangan pembangunan wajar diperkukuhkan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli serta institusi berkaitan.
Menurut Timbalan Menteri, kolaborasi ini bertujuan menggalakkan pihak berkenaan untuk lebih memahami sistem infra yang penting sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan The Watertech Training Programme & Knowledge Sharing Session With International Experts di Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2018.
