Kunjungan hormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Oktober 2018.
Pertemuan kedua Menteri KATS dan Ketua Menteri antaranya membincangkan isu bekalan air Sabah dan projek tebatan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kerajaan Persekutuan dan Negeri sentiasa komited bekerjasama mencari penyelesaian isu air yang berlaku di negeri tersebut.

