Lawatan Ketua Setiausaha KATS Dato’ Dr. Tan Yew Chong ke Taska Permata Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dato’ Lokman Hakim Bin Ali. Turut hadir Pengerusi PUSPANITA KATS Datin Low Swok Ming.
Lawatan ke Taska PERMATA KBS ini bertujuan mempelajari dan meninjau keberkesanan dan kemudahan KBS dalam melaksanakan inisiatif program PERMATA serta pengurusan tadbir urus taska untuk kebajikan ibubapa.

