Lawatan kerja Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumarmeninjau Projek Galeri Informasi Taman Eko Ara Damansara serta sesi taklimat projek dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran, NAHRIM dan FRIM pada 30 Ogos 2018.
Taman Eko Ara Damansara merupakan kolam takungan banjir yang siap dibina pada tahun 2009 dalam Projek Tebatan Banjir Lembang Klang - Pakej Sungai Damansara(Pakej 1) Shah Alam.
Projek Taman Eko Ara Damansara ini akan berkonsepkan forest park dalam bandar dibawah projek pengindahan Kolam Ara Damansara.

