YB Menteri KATS merasmikan Sesi Konsultasi Penambahbaikan Konsep dan Amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System, SMS) bagi Menyokong Pengurusan Landskap Hutan dan Pelaksanaan Central Forest Spine (CFS)” pada 27 Ogos 2018.
27 August 2018

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sentiasa beri perhatian serius dan sokongan padu kepada semua pihak terutamanya agensi di bawah kementerian bagi mengkaji semula amalan dan penambahbaikan sistem pengurusan landskap hutan negara.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata amalan sedia ada perlu dikemaskini bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Konsultasi Penambahbaikan Konsep dan Amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System, SMS) bagi Menyokong Pengurusan Landskap Hutan dan Pelaksanaan Central Forest Spine (CFS)” pada 27 Ogos 2018.

Hadir sama YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha kementerian Dato’ Dr. Tan Yew Chong.




Attachments