Penyempurnaan majlis perasmian Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (National Wildlife Rescue Centre - NWRC) Jabatan PERHILITAN di Sungkai Perak pada 19 Ogos 2018.
NWRC yang seluas 30 hektar ini, telah mula dibina pada tahun 2012. Pembangunan NWRC ini terbahagi kepada tiga (3) fasa dan pembinaannya siap sepenuhnya pada tahun 2018. Ia juga ditubuhkan di bawah keperluan Akta Perdagangan Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686], yang memperuntukkan penubuhan satu pusat menyelamat di bawah Pihak Berkuasa Pengurusan, iaitu Jabatan PERHILITAN, bagi menyediakan pusat jagaan dan perlindungan yang mencukupi untuk hidupan liar terjadual.
Pusat ini dijadikan satu pusat penempatan spesies hidupan liar terancam, yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan, rampasan dan serahan di Semenanjung Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Xavier JayakumarMenteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dato’ Dr Tan Yew Chong.
Dr. Xavier Jayakumar diberikan penerangan mengenai kerja kerja rawatan ke atas hidupan liar selepas merasmikan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai Perak.
Dalam ucapan perasmian, YB Menteri berharap Jabatan PERHILITAN dapat terus secara proaktif mengurus dan memulihara hidupan liar di negara ini agar NWRC dapat menjadi satu pusat menyelamat hidupan liar yang unggul dan dicontohi di rantau ini.
