Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hadir bagi merasmikan KATS Management Retreat 2018 di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) hari ini.
Dalam ucapannya, beliau berkata Retreat ini penting bagi menentukan halatuju KATS yg merupakan gabungan KeTTHA dan NRE melibatkan isu isu Air, Tanah dan Sumber Asli yg bukan sahaja skopnya begitu luas malah amat penting kepada masyarakat sejagat.
Ia sekaligus memberikan gambaran jelas kepada pengurusan KATS dalam menentukan VISI MISI supaya tidak tersasar daripada objektif penubuhan KATS itu sendiri.


