MAJLIS PERASMIAN HARI TANAH NEGARA 2022
31 July 2022
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli merasmikan Majlis Perasmian Hari Tanah Negara 2022 di Hotel The Everly, Putrajaya hari ini.

YB Menteri dalam ucapannya berkata, "Tema sambutan HTN 2022 pada tahun ini iaitu “Jajaran Pendigitalan Tanah Merentasi Sempadan” adalah satu tema yang menggambarkan usaha ke arah transformasi pentadbiran tanah secara digital."

"Kajian dan cadangan sedang diteliti untuk melaksanakan perundangan tanah dalam kerangka elektronik dengan pengenalan kepada konsep Private Cloud, hakmilik elektronik dan proses perserahan serta pendaftaran secara dalam talian melalui pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Kanun Tanah Negara."

 Turut hadir YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta YBrs. Tuan Azman bin Mamat Timbalan Ketua Pengarah Tanah Galian Persekutuan (Sektor Kemajuan Pengurusan Perundangan).




Attachments