PERHIMPUNAN BULANAN KeTSA 14 JUN 2022
14 June 2022
Antara intipati ucapan YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ialah:

• Pelan Strategik KeTSA 2021 – 2025 yang bakal diterbitkan adalah selari dengan perancangan pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). 363 sasaran telah ditetapkan untuk dicapai melalui pelaksanaan 191 inisiatif dan program bagi tempoh 2021 hingga 2025. Bagi semakan penyampaian dalam tempoh enam bulan, 24 sasaran telah dicapai setakat tahun 2021.

• KeTSA serta semua Jabatan dan Agensi perlu meneroka prospek dan potensi baharu di bawah KeTSA yang boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada negara.

• KeTSA dengan kerjasama Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah membangunkan sebuah pusat sehenti (𝘰𝘯𝘦-𝘴𝘵𝘰𝘱 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘰𝘳𝘺) pangkalan data biodiversiti kebangsaan yang dikenali sebagai 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘉𝘪𝘰𝘥𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘺 𝘐𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (𝘔𝘺𝘉𝘐𝘚).

• KeTSA memperuntukkan RM300,000 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti.

• 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘙𝘦𝘯𝘦𝘸𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘙𝘰𝘢𝘥𝘮𝘢𝘱 2035 atau 𝘔𝘺𝘙𝘌𝘙 telah menetapkan halatuju strategik negara untuk mengurangkan jejak karbon melalui peningkatan kapasiti campuran TBB dalam bekalan elektrik negara kepada 31% pada tahun 2025, 40% pada tahun 2035 berbanding pencapaian 24% sedia ada.

• Di peringkat KeTSA, program-program yang telah disasarkan di bawah AKM Jangka Sederhana (6 bulan sehingga Jun 2022) ini adalah:

(i) Program 𝘚𝘈𝘝𝘌 3.0
(ii) Program Rebat Bil Elektrik kepada Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar
(iii) Program Penghijauan Malaysia melalui Penanaman 100 juta pokok
(iv) Pemerkasaan Sistem e-Tanah secara end-to-end
(v) Penggunaan tanah-tanah Persekutuan yang belum dibangunkan
(vi) Pengkomersialan produk-produk melalui sumber hutan
(vii) Program latihan (𝘳𝘦𝘴𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘶𝘱𝘴𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨) berkaitan ekopelancongan sumber asli.

YB Menteri turut melancarkan buku berjudul “Kelawar Malaysia: 𝘉𝘢𝘵𝘴 𝘰𝘧 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢” yang bertemakan kepelbagaian biologi terbitan KeTSA di bawah projek 𝘔𝘺𝘉𝘐𝘚.​




Attachments