MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-19
14 June 2022
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapannya berkata, "KeTSA sangat komited dalam terus menjayakan agenda pemulihan dan penghutanan semula atau 𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘦𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 dan 𝘢𝘧𝘧𝘰𝘳𝘦𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘦𝘧-𝘧𝘰𝘳𝘦𝘴𝘵-𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯).

Kerajaan sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada mana-mana pihak yang berminat dalam menjayakan Agenda Penghijauan Malaysia selaras dengan usaha untuk menerapkan kesedaran serta semangat cintakan khazanah hutan di negara ini. 

Semua pihak disarankan supaya mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengusahasilan hutan, sebaliknya terus memperkasakan pelaksanaan 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘉𝘦𝘺𝘰𝘯𝘥 𝘛𝘪𝘮𝘣𝘦𝘳 seperti ekopelancongan, industri herba dan farmaseutikal". 





Attachments