MAJLIS PECAH TANAH PROJEK HIDROELEKTRIK NENGIIRI , GUA MUSANG, KELANTAN
12 June 2022
Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri,Gua Musang disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hari ini (12 Jun 2022) sebagai satu lagi penjanaan tenaga hijau oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi melestarikan kehidupan manusia dan alam sekitar di samping meningkatkan kestabilan bekalan elektrik untuk rakyat dan negara.
Projek bernilai RM5 bilion yang bakal menjana 300MW ini dijangka beroperasi pada tahun 2027 dengan membawa pelbagai faedah seperti mengurangkan impak banjir dan merangsang pelbagai kegiatan ekonomi kepada komuniti setempat.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapannya berkata, "menerusi empangan hidroelektrik Nenggiri ini akan meningkatkan kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu di Semenanjung Malaysia dan mengukuhkan usaha TNB dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara.
Projek ini juga, membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Aspirasi Nasional iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan eletrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 40% kapasiti dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035.



Attachments