MAJLIS MESRA AIDILFITRI SEMPENA PROGRAM MESRA RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (ZON UTARA)
30 May 2022
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri sempena Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Utara) yang bertempat di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah.
Program yang berlangsung dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Seramai lebih kurang 3,000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, dan Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Tenaga dan Sumber Asli.
Majlis ini juga melibatkan semua agensi-agensi yang berada di bawah KeTSA dan pelbagai jenis juadah raya yang menyelerakan telah disediakan oleh agensi-agensi ini untuk disajikan kepada para pengunjung.
Aktiviti Pameran yang disediakan turut mendapat sambutan dari tetamu yang hadir, rata-rata tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini daripada KeTSA dan agensi-agensi di bawahnya. ​ ​



Attachments