Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli hadir untuk meraikan anak-anak dan penjaga dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi dalam Program Tautan Kasih Ramadan Seda Malaysia pada 19 April 2021.
YB berkata, program seperti yang dianjurkan oleh SEDA amatlah baik dan dituntut oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan dalam bulan Ramadan ini.
Beliau turut mengajak umat Islam agar tidak melepaskan peluang untuk melakukan proses tarbiyyah dan muhasabah diri terutamanya dalam bulan Ramadan ini untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.
Turut hadir, YB. Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni, Pengerusi SEDA Malaysia dan Y.Bhg. Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA.


