Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah hadir dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 untuk menyampaikan anugerah kepada penerima pada 15 April 2021.
Seramai 45 orang pegawai Kementerian telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala seramai 16 orang pegawai Kementerian dianugerahkan dengan Anugerah Setia Berkhidmat (ASB).
YB Menteri juga menyampaikan Anugerah Khas Menteri (AKM) kepada tiga program/projek yang memberi impak kepada perkhidmatan awam dan negara iaitu Projek Peluasan Sistem e-Tanah Secara Kerjasama Awam Swasta, Program Rebat Bil Elektrik RM40 dan Program Diskaun Bil Elektrik serta Program Malaysian Electricity to Attract Renewable Energy Investment (MEnTARI) dan Program Net Energy Metering 3.0.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turut bersama-sama meluangkan masa untuk berbuka puasa dengan penerima anugerah dan pegawai-pegawai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi tahun 2020.



