Program Program Penghijauan Malaysia di Tasik Raban Lenggong
10 April 2021

​​​​​​​​Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad melancarkan program Penghijauan Malaysia di Tasik Raban Lenggong Sempena Kempen 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perak pada 10 April 2021.

Dalam majlis tersebut, “Petak Khas Pokok Yang Sinonim Dengan Negeri Perak” dilancarkan dan sebanyak  21 spesies pokok tempatan yang sinonim dengan nama tempat dalam Negeri Perak telah ditanam.

YB Menteri turut menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan serta melipatgandakan usaha bagi menjayakan agenda nasional Penghijauan Malaysia dengan sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025.

Hadir sama, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Yang Berbahagia Dato’ Mohamed Zin bin Yusop, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.

#HutankitaWarisankita

#PokokkitaKehidupankita

#OurtreesOurlife

#100jutapokok




Attachments