Program Penanaman Pesisiran Pantai
09 April 2021

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini menanam pokok rhu pantai - Casuarina equisetifolia di Pantai Senok, Bachok Kelantan sempena Program Penanaman Persisiran Pantai.

Dalam program tersebut, YB Menteri diberi taklimat mengenai projek penanaman di kawasan persisiran pantai di negeri Kelantan yang bermula sejak tahun 2000. 

Objektif penaman pesisiran pantai di negeri Kelantan adalah untuk mengurangkan kemusnahan akibat hakisan, mewujudkan zon penampan, memulihkan habitat persisiran pantai, meningkatkan kualiti alam sekitar, meperkaya sumber hasil pantai dan memberi nilai estetika sebagai daya tarikan pelancong.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Mohd Ridza bin Awang dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Tuan Hj. Abdul Khalim bin Abu Samah.

​​




Attachments