Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Terengganu pada hari ini, 8 April 2021.
Projek pembinaan dan kelengkapan bangunan baharu pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri Terengganu merangkumi 1 blok pejabat empat tingkat, 1 blok bangunan berangkai, garaj kenderaan berat berbumbung dan lain-lain yang menelan kos sebanyak RM25,295,605.00. Projek ini dijangka akan siap pada Ogos 2023.


