Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengajak semua masyarakat untuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 dalam Majlis Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Taman Kota Tampan, Lenggong, Perak pada 2 April 2021
Menurut beliau, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan perlu disertai semua masyarakat untuk mencapai 'imuniti kelompok' demi melindungi diri kita semua.
Beliau turut menerangkan tentang hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan Kerajaan sepertimana yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
Semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan dan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
YB Menteri berharap agar semua lapisan masyarakat dapat menyokong Program Imunisasi Covid-19 yang diberikan secara percuma dengan mendaftar di aplikasi MySejahtera agar kita dapat melindungi bukan sahaja diri sendiri tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara.
#MalaysiaPrihatin


