Pembangunan Galeri Geopark Lenggong
16 March 2021

Yang Amat Berhormat Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah  merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong pada 13 Mac 2021 di Tapak Galeri Geopark Lenggong, Lenggong, Perak yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).


Majlis pecah tanah ini merupakan platform promosi Galeri Geopark Lenggong di mana bangunan sedia ada diubah suai dan dinaik taraf untuk menjadi Galeri.

Pemilihan Lembah Lenggong sebagai kawasan yang dicadangkan sebagai Geopark Kebangsaan adalah inisiatif Kerajaan Pusat melalui KeTSA dalam meningkatkan industri pelancongan negara serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi masyarakat. 
Sebanyak 39 geotapak berpotensi tinggi telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong di Geopark Kebangsaan ini, termasuklah tapak geoarkeologi sedia ada yang telah diisytiharkan sebagai dalam kawasan Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO semenjak tahun 2012 lagi.

Pembinaan galeri ini juga akan dapat menarik lebih banyak pelancong dari luar ke Daerah Lenggong. Ini seterusnya akan memberi peluang kepada masyarakat Lenggong untuk meneroka peluang ekonomi.








Attachments