Mesyurat Majlis Tanah Negara Ke -78
29 January 2021
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78 pada secara persidangan video pada 29 Januari 2021

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Menteri-menteri Kanan serta Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dan Menteri-menteri Besar/ Ketua-ketua Menteri.
 
Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ini diadakan selaras dengan Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu membentuk dari semasa ke semasa, melalui konsultasi (rundingan) dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara, suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain dan untuk mentadbirkan apa-apa undang-undang mengenainya.

#MesyuaratMajlisTanahNegara
#KeTSAMalaysia










Attachments