Sekitar Majlis Pelancaran Program Save 2.0 yang berlangsung di Wisma Sumber Asli pagi tadi.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri YB Tuan Ali Biju dan Ketua Setiausaha Datuk Zurinah Pawanteh.
Program SAVE 2.0 menyediakan pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga bertaraf 4 atau 5 bintang buatan tempatan atau yang dikilangkan dan mendapat persijilan SIRIM atau setara di Malaysia.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Save 2.0 boleh melayari microsite di www.saveenergy.gov.my.
#Jimatwang #Jimattenaga
#SelamatkanAlamSekitar