Seksyen Tenaga Boleh Baharu
- Merancang, menetapkan dan memantau dasar serta hala tuju makro pembangunan Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara.
- Merangka, melaksana dan memantau program/aktiviti yang menyokong dasar Tenaga Boleh Baharu negara bagi memastikan industri TBB yang berdaya maju.
- Memantau dan mengawalselia tadbir urus dan perundangan berkaitan Tenaga Boleh Baharu bagi memastikan pelaksanaan dasar atau program yang sempurna selaras dengan Akta serta Kaedah dan Peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
- Mengurus dan memperakukan permohonan kelulusan lesen penjanaan awam Tenaga Boleh Baharu di bawah Seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] kepada YB Menteri.
- Mengurus dan memperakukan permohonan rayuan Pemegang Kelulusan Galakan di bawah Seksyen 11, Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] kepada YB Menteri.
- Menyelaras dan menguruskan perkara-perkara berkaitan tadbir urus Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia selaras dengan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari [Akta 726] serta Peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
- Memantau dan memudahcara perkara-perkara berkaitan pembangunan industri Tenaga Boleh Baharu bagi menyediakan persekitaran yang kondusif dan menyokong pertumbuhan industri Tenaga Boleh Baharu.
Seksyen Kecekapan Tenaga
- Merancang, menggubal, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, pelan strategik dan program-program kecekapan tenaga.
- Merancang dan memantau pelaksanaan program/projek/inisiatif bagi menyokong pembangunan industri kecekapan tenaga.
- Merangka, menyemak, menggubal, memberi khidmat nasihat dan memantau penguatkuasaan dan perundangan berkaitan kecekapan tenaga termasuk Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] serta penggubalan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency & Conservation Act - EECA).
- Mengurus, memantau dan mengawal selia pembiayaan dan pelaksanaan program/projek pembangunan kecekapan tenaga di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.
- Merancang, menyedia dan menyelaras hubungan antarabangsa Malaysia berkaitan dengan sektor elektrik secara dua hala dan pelbagai hala.