Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan konflik yang berlaku antara komuniti Orang Asal/Asli dengan syarikat pembalakan yang sering bertembung di kawasan hutan simpan; dan
(b) adakah terdapat rancangan khusus daripada Kementerian untuk memperkenalkan teknologi satelit atau dron bagi memantau aktiviti pembalakan haram di kawasan pedalaman.