Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kementerian berhubung perlombongan unsur nadir bumi di Malaysia dan apakah hasil dapatan kajian yang mendorong keputusan Kementerian untuk menggalakkan aktiviti perlombongan nadir bumi serta bagaimana Kementerian mengimbangkan kekhuatiran orang ramai dari segi risiko pencemaran, kelembapan teknologi, keselamatan sumber air dan kesihatan demi kepentingan awam.