Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 85
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) jumlah kes kejadian lubang benam (sinkhole) yang dilaporkan di negara ini dalam lima tahun terakhir; dan
(b) usaha Kementerian dalam mengkaji semula undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pembinaan di kawasan berisiko tinggi terhadap kejadian lubang benam (sinkhole) demi keselamatan awam.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 84
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana RUUPIN dapat disesuaikan untuk berkembang seiring dengan perubahan keperluan tempatan dan antarabangsa dalam mencapai komitmen Paris Agreement dan sasaran NDC.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Ukur dan Pemetaan
| ;#Ukur dan Pemetaan;#
No. Soalan : 74
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status semasa pengukuran sempadan darat antarabangsa di antara Malaysia dengan negara-negara jiran dan bila dijangka akan dapat memuktamadkan sempadan-sempadan ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 40
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah benar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah pihak bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan tanah ini terus dilindungi dan dipelihara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 17
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia seperti mana yang berlaku baru-baru ini. Ini kerana sejak kebelakangan ini, Malaysia menjadi destinasi utama lambakan e-waste global khususnya dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun dan sebagainya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 8
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian merancang untuk mengawal selia pelepasan efluen dari kilang-kilang dengan menggunakan loading dan bukannya concentration, terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan kilang seperti Pasir Gudang. Apakah langkah-langkah yang diambil.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 1
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Kerajaan di Jajahan Gua Musang, Kelantan memandangkan beberapa orang telah dibunuh oleh gajah dan harimau kebelakangan ini di kawasan tersebut dan penduduk hidup dalam ketakutan dan banyak tanam-tanaman telah dirosakkan oleh gajah-gajah yang berkeliaran.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 72
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah konkrit yang sedang diambil oleh Kementerian untuk mencegah serta membanteras aktiviti pencerobohan hutan secara haram di Malaysia terutamanya di Pahang seperti hutan di Cameron Highlands, Rompin, Lipis dan lain-lain kawasan yang berkaitan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 70
Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi isu serangan haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang yang semakin kerap berlaku termasuk di Terengganu dan telah menyebabkan banyak kerugian tanaman, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : GeosainsAir
| ;#Geosains;#Air;#
No. Soalan : 58
Tuan Suhaizan bin Kaiat [ Pulai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status keberkesanan projek pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah negara bagi menangani kesan perubahan iklim yang kini menjadi semakin meruncing. Apakah telah dirancang atau dilaksanakan projek air bawah tanah. Apakah air bawah tanah ini ekonomik untuk digunakan di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 52
Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menyokong pembangunan sektor perlombongan di Sarawak, khususnya bagi memastikan potensi projek perlombongan emas di Bau yang memiliki simpanan emas bernilai RM24.3 bilion ini dilaksanakan secara lestari tanpa menjejaskan ekosistem kawasan sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 36
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status rangka kerja perlombongan nadir bumi atau 'rare-earth mining' di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 23
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) adakah Kementerian bercadang untuk menggubal suatu Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil bagi mengharmonikan peruntukan undang-undang berkaitan perdagangan dan cukai karbon dalam cadangan RUU berkenaan dengan perundangan di Sabah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 8
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah proaktif yang diambil oleh Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya termasuk kajian penyelidikan saintifik ke atas populasinya. Adakah Kementerian bercadang menyediakan dana khas bagi meningkatkan kawalan terhadap sindiket pemburuan haram.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 49
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan asas pertimbangan cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos di negara ini dan apakah bentuk perundangan serta dasar yang perlu ditangani oleh Kementerian bagi menghentikan penggunaan bahan berasaskan asbestos ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 68
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memanfaatkan dana iklim yang diperuntukkan oleh negara maju untuk menangani kesan perubahan iklim.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 53
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian sepanjang Kepengerusian ASEAN dalam memupuk kerjasama antara negara berkaitan kelestarian rentas sempadan, terutama bagi menangani masalah jerebu dan pelepasan sisa plastik.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 43
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pertimbangan Kerajaan untuk menetapkan penggunaan petrol Euro 5 sebagai keperluan minimum dalam memperbaharui dasar insentif kenderaan diesel menjelang tahun 2026 dan apakah Kerajaan berhasrat untuk menyediakan insentif eksklusif bagi menggalakkan peralihan penggunaan teknologi Euro 5 dengan lebih cepat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 34
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan semakan semula Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam usaha menambah baik pengurusan unsur nadir bumi (REE) dalam negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 32
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di seluruh negara khususnya melibatkan pengurusan e-waste dilakukan dengan bertanggungjawab dan berkesan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 22
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pelan mitigasi jangka panjang Kementerian dalam menangani impak perubahan iklim khususnya berkaitan peningkatan frekuensi banjir di negara ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 5
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan statistik berkenaan perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands:
(a) perubahan suhu dalam tempoh 10 tahun; dan
(b) jumlah kes kejadian tanah runtuh dan pemantauan pergerakan serta jumlah cerun berisiko tinggi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Biodiversiti
| ;#Biodiversiti;#
No. Soalan : 78
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) bagi memastikan pelan konservasi jangka panjang yang berkesan untuk menyokong pengurusan sumber asli di samping usaha memperluas Tabung Dana Amanah Kawasan Hijau ke seluruh negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 62
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) status semasa mengenai dapatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mengesahkan wujud cubaan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar melepaskan kontena-kontena mengandungi sisa elektronik (e-waste) di Westport, Pelabuhan Klang pada Mei 2024; dan
(b) apakah langkah pencegahan yang diambil bagi memastikan kes ini tak berulang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geospatial
| ;#Geospatial;#
No. Soalan : 54
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam memastikan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah diurus dengan cekap dan efisien bagi mengelakkan berlakunya kerugian akibat kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembangunan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Biodiversiti
| ;#Biodiversiti;#
No. Soalan : 28
Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan permohonan yang telah diluluskan mengikut negeri bagi permohonan Inisiatif Bantuan Kerugiaan Harta Benda dan Tanaman (BKHT).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 21
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran; dan
(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Tadbir Urus Bahan Kimia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 18
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status dan justifikasi penggubalan Akta Penyiasatan Geologi dan Geosains (APGG) yang akan dibentang di Parlimen bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 11
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
usaha jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kementerian dalam mendigitalisasikan urusan pentadbiran tanah; dan
langkah-langkah bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan serta mengurangkan kos dan masa untuk setiap transaksi berkaitan pentadbiran tanah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 6
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengintegrasikan sistem ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 79
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan inisiatif perundangan yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah gangguan haiwan seperti kera yang merosakkan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 70
Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan setakat ini, berapa jumlah tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan di Sabah yang tidak dibangunkan dan daripada jumlah tersebut, berapa yang telah dikembalikan semula kepada Kerajaan negeri dan apakah perancangan pembangunan ke atas tanah tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 47
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Akta 525 khususnya daripada sudut perundangan bagi menyokong pembangunan industri unsur nadir bumi (REE).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 27
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mekanisme pemantauan dan kawalan yang dilaksanakan Kementerian terhadap pelaksanaan projek-projek di bawah Program Sijil Konservasi Hutan (FCC) bagi memastikan matlamat konservasi hutan dapat dicapai.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 23
Tuan Kalam bin Salan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perlombongan REE (Kaedah ISL) boleh menyebabkan alam sekitar dan struktur tanah mengalami kerosakan yang teruk apabila pelombong menggunakan asid kuat berkepekatan pH 1 bagi mengasingkan REE daripada tanah. Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang diselia JMG untuk mengekang hal seperti ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 6
Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan dan adakah mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan Tanah Rizab Melayu.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 84
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah wujud usaha Kementerian bagi membentuk dan memperkasa NGO atau pertubuhan masyarakat setempat untuk menjadi ejen pemantau alam sekitar bagi mempertingkat pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi-lokasi berpotensi tercemar mahupun pelanggaran-pelanggaran undang-undang tertentu berkaitan alam sekitar termasuk operasi tapak pelupusan sampah dan premis-premis industri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 82
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kesan jangka masa panjang aktiviti perlombongan nadir bumi REE di Gerik kepada ekosistem dan penduduk serta langkah-langkah pencegahan terhadap kesan tersebut. Adakah kesan ini melibatkan kesihatan dan kehilangan sumber pendapatan kepada masyarakat sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 58
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah yang telah dilakukan terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019 lalu.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 44
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
hala tuju perlombongan unsur nadir bumi (REE) serta langkah segera bagi mempercepatkan proses penguraian REE agar Malaysia tidak ketinggalan dalam pengeksportan bahan ini; dan
selain Lynas apakah Kementerian berhasrat mempercepatkan pewujudan kilang pemprosesan bahan REE.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 40
Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pendirian dan tindakan Kementerian terhadap cadangan penggunaan indikator baharu bagi mengukur perkembangan sektor ekonomi dan teknologi hijau iaitu Environmental Performance Index (EPI) dan Green Future Index (GFI) di mana ia turut digunapakai di negara-negara maju.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 38
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha pemerkasaan METMalaysia bagi mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada terutama dari segi perkongsian maklumat dengan Kerajaan negeri berpandukan model tinjauan iklim serta siren amaran banjir di stesen pencerapan cuaca permukaan sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geospatial
| ;#Geospatial;#
No. Soalan : 23
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian dalam menangani krisis yang tidak terduga berkaitan pemasangan aset-aset utiliti yang berada di bawah tanah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 10
Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi Kementerian dalam memperkukuh Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan khususnya untuk mengenakan tindakan 'punitif' atau hukuman yang boleh diambil ke atas syarikat atau negara yang melanggar perjanjian ini berikutan Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 2
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok dan sekiranya sasaran telah dicapai apakah perancangan Kementerian supaya program ini diteruskan di masa hadapan.